Sebuah laman blog melahirkan usahawan pendidikan alaf baru bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak dan menjanakan pendapatan sampingan untuk keluarga - Ditubuhkan Pada 29 November 2009

Sunday, December 6, 2009

Program Pembangunan Usahawan Pendidikan Kearah Sekolah Bestari 2010 di Ipoh TERLAKSANA..


"Kita jangan tidur atau terleka, jika tidak arus masa perubahan akan terus meninggalkan kita jauh ke belakang. " Begitulah ungkapan kata - kata awalan dari Kaunselor Tuan Hj. Nasir B. Hj. Ismail, ahli Majlis Mesyuarat Dewan Bandaraya Ipoh merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Tambun yang telah sudi hadir merasmikan sessi Program Bina Usahawan Pendidikan 2010 yang telah berlangsung di Dewan Terbuka KEMAS Batu. 8 Ulu Kinta, Perak pada petang semalam. Majlis yang buat pertama kali dilaksanakan oleh Jawatankuasa Anak Perak Cemerlang bersama dengan Cikgu Online dan Koperasi Bina Usahawan Selangor Berhad (KOBINA) di sini telah mendapat pengiktirafan kehebatan dan keberkesanan terhadap program yang dilancarkan bagi meningkatkan taraf mutu pendidikan anak-anak untuk berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.

Selepas ini satu lagi roadshow yang bakal menyusul dan menemui penduduk-penduduk di kawasan Putrajaya. Kepada yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menelefon AJK Induk En. Zahardi di talian 012-6864438. Kepada yang berminat untuk menyediakan booth bagi tujuan promosi barangan komputer, talian internet broadband atau streamyx dan sebagainya juga boleh menghubungi AJK Induk untuk tujuan promosi pada roadshow tersebut. Laporan bergambar akan menyusul nanti.

Terima kasih ....apo laei....copek jang ...copek, apo nak ditunggu laei..

Program Pembangunan Usahawan Pendidikan - Ipoh Mali..Ipoh Mali...

ATURCARA MAJLIS:

3.00 petang
Pendaftaran
Ketibaan tetamu
3.30 petang
Ucapan alu-aluan selamat datang oleh En. Ramli Ahmad, P.J.K
Pengerusi Aktiviti KEMAS Zon 4 Ulu Kinta /Tg. Rambutan

Ucapan dan perasmian oleh Kaunselor Tuan Hj. Nasir B. Hj. Ismail KMN, PMP, AMP, PPT Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Bandaraya Ipoh Merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Tambun.

3.45 petang
Taklimat Bina Usahawan Pendidikan 2010
Oleh Koperasi Bina Usahawan Selangor Berhad

5.00 petang
Penutup

1 comment:

  1. Perhatian Leader Tengah I
    Sila kemaskini blog anda seperti mana cawangan-cawangan wilayah lain.
    Selamat menjalankan tugas demi kepentingan pembangunan modal insan anak-anak bangsa Malaysia

    Presiden,
    Pendidikan Bestari

    ReplyDelete